Monday 13 February 2017

Batu karang kucing dan cara merawatnya

Salam meow..meow..meow....🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾

Okeyyyyy!!! Mummy meow nak tanya cat lovers semua youalls bagi kucing korang makan apa?? Wetfood ke kibble?? 
Kalau mummy meow..mummy bagi kucing mummy kedua-duanya. Kibble and wetfood. Kibbles tu makanan harian mereka. Wetfood 2x je sebulan. Mummy x bagi everyday wetfood. Atas arahan dr vet. Dia cakap u jangan bagi u punya cats makan wetfood hari2. Kucing u cpt sakit. Masa tu mummy meow bg hari2 wetfood..hahhaa.. tp kucing2 mummy asek sakit ja..demam la..cacingla..bulu gugurla..then poo mereka ya ampunnnn..macam bangkai!!! 😭😭😷
Selepas dapat khidmat nutrisi dari dr haiwan..mummy meow pun kurangkan la dose makanan wetfood ni kat anak2. Permulaan anak2 x biasa..bising ja nak wetfood. Pada masa ni kibble yang mummy beri kibble biasa ja. Kibble yang berwarna warni tu. al maklumla pada masa ni mummy xda ilmu. Yang penting kucing makan. 😅 Sampai pada satu saat kucing mummy sakit... kena batu karang. Sengsara oo dia sakit.. mummy meow masa tu x cukup duit nak buat treament kat vet. Mummy bawa meow mummy ke vet.. dr g diagnosed..then doctor tu ckp meow mummy kena batu karang tahap kritikal 😭😭😭😭😭😭😭 
Dokter buat kiraan dalam rm700 termasuk warded.. mummy masa tu 😱😱.
Mahalnya..biar betul . Mummy tak cukup duit. Mummy cakap terus terang kat dokter..cakap mummy x mampu. Mummy bawa kucing mummy balik. Masa tu dokter cakap mummy postla kat fb ke..cari dana. Mummy blurr..masa tu kolot sangat..haha.. nak beronline pun jarang2. Tak tahu kewujudan kelab kucing..😓
Mummy balik tu mummy topup henpon..daftar internet..hahaha.. then mummy google cara merawat kucing kena batu karang.
Berdasarkan pemerhatian mummy tips terbaikkk adalah menggunakan cuka apple.
Mummy lupa web page tu..tapi yang pasti page matsalleh 😬
Mummy pasrah ja masa tu. follow ja instruction yang ditulis. Pada masa tu la mummy baru tau kewujudan  cuka apple. Cuka apple yang terbaik mesti with mother tau! Ambooiiii 🍎🍎🍎 ada mak jugak..hahaha...
With mother tu korang google la sendiri..🙊
Ternyata cara ini sangat berkesan kepada kucing2 mummy. Mummy dah perturunkan ilmu ini kepada ahli keluarga and kawan2 mummy yang mempunyai masalah seperti kucing mummy. Ternyata cara ini berkesan. Alhamdulillah. Cuka apple ni juga amat baik untuk kesihatan manusia tau. Terlalu bamyak la kebaikkannya..korang google sendiri..hehe
Brand cuka yamg mummy guna dari brand BRAGG 👇🏼👇🏼



Sebelum nak merawat kucing dengan cuka apple korang kena follow terms ni 🤔🤔
👉🏼Korang kena hati kering
👉🏼Rajin 
👉🏼Konsisten
👉🏼Confident!!! Kucing akan sihat

Bahan dan peralatan yang diperlukan
🍎 Cuka apple/apple cider
🍎Air masak/mineral water
🍎Picagari kecil/syringe

Cara merawat
🐾 1 sudu teh cuka apple dicampur dengan 2 sudu teh air putih.
🐾 sekurang-kurangnya 2x sehari
🐾Amalkan sehingga kucing anda boleh kencing seperti biasa

 🐈Tips tambahan
Campur 1 sudu teh cuka apple dlm air minuman kucing.
Ganti kibbles kepada wetfood
Paksa kucing minum air putih dengan menggunakan syringe. 
*pastikan mereka minum air mencuckupi utk membantu mengeluarkan batu karang.

Baikla..setakat ini sahaja perkongsian kita.....bye2 cat lovers..selamat mencuba🐾🐾🐾🐈🐈🐈



Sunday 12 February 2017

Review Fur Grow Up Poo Pee Spray

Meow...meow..meow..🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾
 Hai pecinta kucing!!!!! 
Salam 2017..hahaha..berhabuk2..berkulat2 tumbuh lalang dah blog ni..
Bajet2 nak berblog tapi beb*l..haha
Sebenarnya mummy meow dah taip 1 entry..tapi terdelete 😭😭😭 susah payah tau mummy menaip.. disebabkan beb*l delete plak...dop pehe kawe..haha.

Okey2 let's start our topic.. kali ni...julung2 kali ni mummy nak share pasal poo pee spray!!! Wahhhhhh...poo pee pun ada spray u..😅
Mummy bagi review ni sebab nak bantu cat lovers yang mencari produk untuk neutralkan bau dalam rumah.. Tipulah..kalau cat lovers cakap rumah mereka tak busuk..hahaha. Sekurang2 anak2 berbulu berkaki empat ni memang akan meninggalkan wagian yang harum semerbak dalam rumah anda..kalau tak banyak pun sedikit wajib ada... kalau pelihara seekor dua maybe okey...takda bau..tapi kalau yg pelihara banyak macam mummy ni..dalam 27 ekor 🐈 Memang  😷. Nak kata busuk sangat tu sebenarnya takla busuk. Sebab mummy ni kategori ibu kucing yang sangat rajin 😜 (Masuk bakul n kita angkat sendiri!!!🤣)
Rutin seharian mummy.. adalah bersihkan rumah..cuci lantai..bukan mop tau!! Tapi tuang air berbaldi2 kat lantai kemudian gosok sepenuh hati..🤣🤣 kalau stress.. cara ni boleh bantu reduced stress..sental lantai sepenuh hati sampai bersih..bersihh..bersih..kalau boleh tile dilantai tu boleh bercakap mesti dia mengadu...hari2 dia sakit kena belasah mummy meow..hahaha.

Walaupun rumah ni mummy bersihkan dengan sepenuh hati setiap hari..mummy tetap terima COMPLAINT.😫😫😩
Jiran mummy komplen..bukan jiran sebelah menyebelah tau..tapi jiran dikayangan..haha..eh!!bunian ke!!??? 🤣🤣 yangg sebenarnya~~~ (tune lagu yuna😁) orang atas rumah mummy..dia suka komplen..dia cakap bau rumh mummy sampai rumah dia..itu bau airr kinncing..itu taik kucing bauu sampai x bule makan..aiyoo!!mummy sentap ooooooo...itu yg mummy jaga..isu itu juga yg timbul. Mummy xnak hobi mummy ni buat jiran mummy x selesa.. nangisss ooooo..sampai kimbang wa punya mata n muka..haha.. Mummy ni okey je..sejenis yg redha..haha..tapi dgn syarat jangan tokok tambah..mummy ni pegi la jalan tingkat atas...lepak2..menghirup udara yg org ats rumah tu cakap... Ya Ampunnnn...mmg betul x busuk..haha.. maybe mummy dah sebati kot..tu x cium bau tu.. so mummy bawalah kawan yang tak sukaaa kucing..dia cakap x bau..ermmmm..dengar tu x bau okey!!  Mummy tnya jiran..mereka cakap yang sama.. then kawan yg sama..mummy ajak visit rumah..dia masuk rumah mummy.. 1st soalan mummy..macam mana"?? Busuk?? Dia jawab bau kucing ada..tapi sikit ja.. tipulah kan xda bau kucing..tapi xla sebusuk mcm sifulan tu cakap...dey!!!! Haha.. mummy dengar isi ni sampai ke mangement...haihhh... tapi mummy x takut pun.. tapi mummy dalam masa yang sama tengah stress juga.. mummy tutup tingkap bilik kucing mummy..buat pengetahuan semua mummy guna air prufier dr brand terkemuka CUCKOO. Memang daebak!! Dah dekat 2 tahun kot mummy guna. Mummy kan nak cari 1 produk yang boelh hilangkan bau kucing ni.. so mummy google2 la.. nampak la bbrapa produk. Bedasarkan pembacaan mummy di entry pecinta kucing lain..mostly share petua2 guna cuka..arang. Ermm..mummy dah guna method tu sehingga kini.. hanya membantu dlam 50% hehe.. kalau produk plak mostly produk ada enzym yg boleh leraikan bau2 dari kucing.. price dia mak aiiii mummy dah servay..mahal ooo..
Then x tersengaja...skrol2 kat fb..nampak la satu page ni asek naik ja kat timeline mummy.. balik2 page yg sama tengah promosi produk yg sama..so apa lagi mummy jenguk2la.. wahhh cara mreka promosi macam hebat sangat produk ni...hahaha
Produk yg mummy maksudkan ni adalah fur grow up poo pee spray!! Then mummy google2 cari review or testimoni cat lovers lain mengenai produk ni.. teryata xda pun review produk..yang ada cuma mereka yg menjual poo pee spray ni sahaja. Mummy mcm x berkenan ja..haha..macam tipu. Sampai la satu ketika mummy nak restock makanan kucing dekat my feveret petshop " DEWIPETSHOP ". Dia ada banyak cawangan... tapi mummy biasa pergi kata cawangan kajang bangi tu.. Best tau petshop ni..harga2 makanan n kelengkapan kucing semua murah n berpatutan. Ok sambung crita.. masa nak restock makanan meow mummy..mummy sesaja tengok kat bahagian yang ada produk2 lain penjagaan kucing ni... masa tu la mummy ternampak poo pee spray. Ada produk2 lain jugak mcm bust it. Dengan berat hati mummpy pilih dari fur grow up..hehe..sampai rumah terus buat eksperimen..waaahhhhhhhhh wangiii u...rumah mummy mcm spa..wangi..bau buah2han segar..hehe.. Disebakan so excited!! Satu rumah mummy sembur..haha.. dan apa yang paling menakjubkan keesokan harinya..rumah mummy boleh dikatakan. ZERO bau..x kirala apa jenis bau sekalipun..hahha...x rugi uollss.. mummy beli ni rm 25 jah utk 500 ml. Memang sangat berbaloi la...senyum sokmo 😘😘😍
Bagi para cat lovers korang wajib beli n cuba poo pee spray dari jenama furgrowup ni.. kih2 ni review ke apa???!! Panjang lebar..hahaha.. kat bawah mummy share pic poo pee spray and kelebihan dia...selamat mengepoopee ya cat lovers!!!!😍😍😍😍😘😘🐾🐈



KELEBIHAN POO PEE SPRAY (500ml):-
❤ SERAP bau HANCING di Tempat POO&PEE
❤ Boleh sembur di tilam,sofa,langsir,lantai..(spray je 1 rumah ala2 feberizz gitu..)
❤ Anti bakteria & Kuman
❤ Tiada ALCOHOL
❤ ADVANCE ODOUR Teknologi dari Jerman 🇩🇪
❤ Human grade (so klw terkena pd anda, anak2 atau kucing pn selamat..)
❤ Selamat utk seisi kediaman anda
❤ Bau blueberry segar yg confirm nyamann utk anda & haiwan peliharaan. 
CARA PENGGUNAAN
Spray jer kat pasir kucing, sofa, tilam, tempat yang dah di POO/PEE kan oleh kucing. Settle masalah, PASTI wangi rumah anda.