Saturday 10 January 2015

Musibah dan hikmah (kelantan banjir 2014) part 2


Assalammua'laikum w.b.t


Permulaan perjalanan kami


03/01/2015 permulaan perjalanan kami ke bumi kelantan. perjalanan kami..mama meow n 2 rakan iaitu basyirah n kak sabrah.. Allhamdulillah perjalanan n hari2 kami dipermudahkan Allah swt. Di dalam entry ini..saya ada menyatakan perasaan saya. saya memang x boleh melelapkan mata.Bermacam2 yg bermain di fikiran saya.


Destinasi kami ialah ke sungai Mengkuang Kuala Krai. Ke kampung halaman sahabat kami yg bernama Basyirah. Ini bukanlah kali yg pertama saya ke rumah n kampung halaman nya. Kebiasaannya saya kesana untuk jalan2 n  boleh dikatakan makan angin. Tapi kali ini saya kesana kerana ingin membantu mangsa2 banjir. Allhamdulliah lebih kurang 6 jam perjalanan kami sampai ke kampung halaman beliau. Sepanjang perjalanan masuk ke kampungnya..saya hanya beristighfar melihat kesan2 akibat banjir.





Gambar2 diatas adalah keadaan di manek urai. 2 foto diatas adalah sumber dr google. Mama meow sempat merakam situasi disana,,tp gambar2 tersebut didalam henfon sahabat saya.
setelah sampai di kpg sg Mengkuang.. kami terus ke kampung Manek Urai. KPG MANEK URAI terletak x jauh dr kpg sg mengkuang..perjalanan dlm masa 15 minit diambil utk kesana.
Setibanya di kpg Manek Urai..hati saya berasa sangat sebak.. keadaanya spt bukan di Malaysia..spt bukan dilanda banjir biasa...tapi seakan2 dilanda tsunami.. Allahuakbar...Allahuakbar.... Allah swt mengkehendakinya..berasa begitu kerdil disini...Mereka semua sangat tabah melalui musibah ini.
sepanjang perjalanan ke kapung manek urai....saya dapat melihat ramainya  hamba2 Allah swt yg perihatin memberi bantuan. Begitu ramai yang menghantar bantuan spt makanan dan pakaian. Tetapi apa yg menyedihkan kediaman mereka hampir musnah 99%. mereka hanya berlindung disebalik khemah n berbumbungkan canvas. kawasan persekitaran yg kotor..berdebu n sumber tenaga elektrik n air bersih juga terputus.


Foto di atas ialah foto semasa kami ke Kpg Manek Urai. terus terang saya katakan..saya x lah lasak orangya..saya takut duduk kat belakang hilux ni..saya risau saya akan jatuh. Tapi saya dah berjanji dgn diri..jangan sesekali merungut. Just hadapi dgn tenang. saya berpaut sekuatnya sbb takut jatuh... Allahuakbar...apa lah mama meow ni kan... selepas itu..kakak sahabat saya...bagitahu kat saya "da...x bestlah duduk ja..cer berdiri..." Gulp!!! dahla takut...suruh berdiri pulak.....tp sy just buat spt yg dia cakap...Alhamdulliah...sy berdiri...smbil berpaut di belakang hilux... Allahurabbi...permandangan jadi begitu jelas...sememangnya...spt dilanda tsunami....rumah..bumbung..meja...tangga...di atas pokok....bertapa dasyatnya air yg melimpah di kampung ini....semuaanya tenggelam...musnah sama sekali....

Pada keesokkan harinya..saya membantu dalam pengagihan makanan ke penduduk kampung. Semuanya kali pertama..saya x pernah buat kerja2 sebegini sebelum ini..tapi saya hanya mengikut rentak n arahan drpd family kawan.. serius saya sangat PENAT..tetapi kuatkan hati......jangan mengeluh!!! Alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar...n ALLAH swt..mempermudahkan segalanya...

Pada keesokkan harinya.. ( hari ketiga) saya follow keluarga kawan ke kawasan2 yg terjejas terok. Destinasi kami kali ni ialah ke Dabong. Perjalanan..mengambil masa lebih kurang 2 jam 1/2 ... Sebelum ke dabong kami singgah ke kampung kandek. menurut informasi yg diperoleh..kampung ini mempunya 75 buah rumah..tapi hanya 15 buah rumah termasuk masuk masjid yg terselamat...98% keseluruhan rosak sama sekali.


SUBHANNALLAH.....keindahan spjng perjalanan

seorang ibu yg sangat tabah dan KUAT

mereka juga mangsa2 banjir...tp tetap tersenyum n membantu yg lain

terharu dgn pakcik ni...dia terus menyarungkan tshirt yg diberi sambil TAKBIRR!!!

BARANG2 BANTUAN YG DIBAWA

KERJASAMA MAPIM

kerosakkan sepanjang perjalanan



rombongan KAMI

Last destination kami...ialah ke DABONG....





3 hari 2 malam saya disini.....x cukup rasanya berbakti....serius!!!!saya menyesal balik awal...hehe... selama sy disni...sy belajar banyak perkara...belajar menyesuaikan diri dlm apa jua keadaan... 3 hari berturut2 mandi di sungai...angkat air di sungai...n makan Maggie berkuahkan air mineral....(MAGGIE adalah antara makanan yg saya elakkan...hehe)




saya respect ngan adik cilik ni..baru berusia 9 tahun..tapi telatahnya...spt org yg dewasa..sangat ringan tulang membantu tanpa sekalipun mengeluh..


Firman Allah swt dalam Al-Quran :


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117



Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
An Nahl:40

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
Surah Yassin : 81-83

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Al An'aam:73

Ayat yang jelas dalam firman Allah SWT ini adalah sebagai peringatan kepada kita  agar jangan melakukan sebarangan, jangan meragui, bongkak dan tinggi hati, melakukan perkara kurafat kerana Dia boleh berkehendak apa sahaja, pada masaNya dan di mana saja. Maha suci Allah Berkuasa atas segalanya. 

Jangan runsing apabila dalam musibah. Jangan bongkak apabila dalam kejayaan. Dia yang merencanakan segala-galaNya. Yakinlah Allah SWT mendengar rintihan hati hambaNya. Perbetulkan nawaitu kita, berusaha, berdoa dan bertawakal. Amalan kita di dunia ini adalah untuk bekalan di hari akhirat. 




No comments:

Post a Comment