Monday 13 February 2017

Batu karang kucing dan cara merawatnya

Salam meow..meow..meow....🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾

Okeyyyyy!!! Mummy meow nak tanya cat lovers semua youalls bagi kucing korang makan apa?? Wetfood ke kibble?? 
Kalau mummy meow..mummy bagi kucing mummy kedua-duanya. Kibble and wetfood. Kibbles tu makanan harian mereka. Wetfood 2x je sebulan. Mummy x bagi everyday wetfood. Atas arahan dr vet. Dia cakap u jangan bagi u punya cats makan wetfood hari2. Kucing u cpt sakit. Masa tu mummy meow bg hari2 wetfood..hahhaa.. tp kucing2 mummy asek sakit ja..demam la..cacingla..bulu gugurla..then poo mereka ya ampunnnn..macam bangkai!!! 😭😭😷
Selepas dapat khidmat nutrisi dari dr haiwan..mummy meow pun kurangkan la dose makanan wetfood ni kat anak2. Permulaan anak2 x biasa..bising ja nak wetfood. Pada masa ni kibble yang mummy beri kibble biasa ja. Kibble yang berwarna warni tu. al maklumla pada masa ni mummy xda ilmu. Yang penting kucing makan. 😅 Sampai pada satu saat kucing mummy sakit... kena batu karang. Sengsara oo dia sakit.. mummy meow masa tu x cukup duit nak buat treament kat vet. Mummy bawa meow mummy ke vet.. dr g diagnosed..then doctor tu ckp meow mummy kena batu karang tahap kritikal 😭😭😭😭😭😭😭 
Dokter buat kiraan dalam rm700 termasuk warded.. mummy masa tu 😱😱.
Mahalnya..biar betul . Mummy tak cukup duit. Mummy cakap terus terang kat dokter..cakap mummy x mampu. Mummy bawa kucing mummy balik. Masa tu dokter cakap mummy postla kat fb ke..cari dana. Mummy blurr..masa tu kolot sangat..haha.. nak beronline pun jarang2. Tak tahu kewujudan kelab kucing..😓
Mummy balik tu mummy topup henpon..daftar internet..hahaha.. then mummy google cara merawat kucing kena batu karang.
Berdasarkan pemerhatian mummy tips terbaikkk adalah menggunakan cuka apple.
Mummy lupa web page tu..tapi yang pasti page matsalleh 😬
Mummy pasrah ja masa tu. follow ja instruction yang ditulis. Pada masa tu la mummy baru tau kewujudan  cuka apple. Cuka apple yang terbaik mesti with mother tau! Ambooiiii 🍎🍎🍎 ada mak jugak..hahaha...
With mother tu korang google la sendiri..🙊
Ternyata cara ini sangat berkesan kepada kucing2 mummy. Mummy dah perturunkan ilmu ini kepada ahli keluarga and kawan2 mummy yang mempunyai masalah seperti kucing mummy. Ternyata cara ini berkesan. Alhamdulillah. Cuka apple ni juga amat baik untuk kesihatan manusia tau. Terlalu bamyak la kebaikkannya..korang google sendiri..hehe
Brand cuka yamg mummy guna dari brand BRAGG 👇🏼👇🏼



Sebelum nak merawat kucing dengan cuka apple korang kena follow terms ni 🤔🤔
👉🏼Korang kena hati kering
👉🏼Rajin 
👉🏼Konsisten
👉🏼Confident!!! Kucing akan sihat

Bahan dan peralatan yang diperlukan
🍎 Cuka apple/apple cider
🍎Air masak/mineral water
🍎Picagari kecil/syringe

Cara merawat
🐾 1 sudu teh cuka apple dicampur dengan 2 sudu teh air putih.
🐾 sekurang-kurangnya 2x sehari
🐾Amalkan sehingga kucing anda boleh kencing seperti biasa

 🐈Tips tambahan
Campur 1 sudu teh cuka apple dlm air minuman kucing.
Ganti kibbles kepada wetfood
Paksa kucing minum air putih dengan menggunakan syringe. 
*pastikan mereka minum air mencuckupi utk membantu mengeluarkan batu karang.

Baikla..setakat ini sahaja perkongsian kita.....bye2 cat lovers..selamat mencuba🐾🐾🐾🐈🐈🐈



Sunday 12 February 2017

Review Fur Grow Up Poo Pee Spray

Meow...meow..meow..🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾
 Hai pecinta kucing!!!!! 
Salam 2017..hahaha..berhabuk2..berkulat2 tumbuh lalang dah blog ni..
Bajet2 nak berblog tapi beb*l..haha
Sebenarnya mummy meow dah taip 1 entry..tapi terdelete 😭😭😭 susah payah tau mummy menaip.. disebabkan beb*l delete plak...dop pehe kawe..haha.

Okey2 let's start our topic.. kali ni...julung2 kali ni mummy nak share pasal poo pee spray!!! Wahhhhhh...poo pee pun ada spray u..😅
Mummy bagi review ni sebab nak bantu cat lovers yang mencari produk untuk neutralkan bau dalam rumah.. Tipulah..kalau cat lovers cakap rumah mereka tak busuk..hahaha. Sekurang2 anak2 berbulu berkaki empat ni memang akan meninggalkan wagian yang harum semerbak dalam rumah anda..kalau tak banyak pun sedikit wajib ada... kalau pelihara seekor dua maybe okey...takda bau..tapi kalau yg pelihara banyak macam mummy ni..dalam 27 ekor 🐈 Memang  😷. Nak kata busuk sangat tu sebenarnya takla busuk. Sebab mummy ni kategori ibu kucing yang sangat rajin 😜 (Masuk bakul n kita angkat sendiri!!!🤣)
Rutin seharian mummy.. adalah bersihkan rumah..cuci lantai..bukan mop tau!! Tapi tuang air berbaldi2 kat lantai kemudian gosok sepenuh hati..🤣🤣 kalau stress.. cara ni boleh bantu reduced stress..sental lantai sepenuh hati sampai bersih..bersihh..bersih..kalau boleh tile dilantai tu boleh bercakap mesti dia mengadu...hari2 dia sakit kena belasah mummy meow..hahaha.

Walaupun rumah ni mummy bersihkan dengan sepenuh hati setiap hari..mummy tetap terima COMPLAINT.😫😫😩
Jiran mummy komplen..bukan jiran sebelah menyebelah tau..tapi jiran dikayangan..haha..eh!!bunian ke!!??? 🤣🤣 yangg sebenarnya~~~ (tune lagu yuna😁) orang atas rumah mummy..dia suka komplen..dia cakap bau rumh mummy sampai rumah dia..itu bau airr kinncing..itu taik kucing bauu sampai x bule makan..aiyoo!!mummy sentap ooooooo...itu yg mummy jaga..isu itu juga yg timbul. Mummy xnak hobi mummy ni buat jiran mummy x selesa.. nangisss ooooo..sampai kimbang wa punya mata n muka..haha.. Mummy ni okey je..sejenis yg redha..haha..tapi dgn syarat jangan tokok tambah..mummy ni pegi la jalan tingkat atas...lepak2..menghirup udara yg org ats rumah tu cakap... Ya Ampunnnn...mmg betul x busuk..haha.. maybe mummy dah sebati kot..tu x cium bau tu.. so mummy bawalah kawan yang tak sukaaa kucing..dia cakap x bau..ermmmm..dengar tu x bau okey!!  Mummy tnya jiran..mereka cakap yang sama.. then kawan yg sama..mummy ajak visit rumah..dia masuk rumah mummy.. 1st soalan mummy..macam mana"?? Busuk?? Dia jawab bau kucing ada..tapi sikit ja.. tipulah kan xda bau kucing..tapi xla sebusuk mcm sifulan tu cakap...dey!!!! Haha.. mummy dengar isi ni sampai ke mangement...haihhh... tapi mummy x takut pun.. tapi mummy dalam masa yang sama tengah stress juga.. mummy tutup tingkap bilik kucing mummy..buat pengetahuan semua mummy guna air prufier dr brand terkemuka CUCKOO. Memang daebak!! Dah dekat 2 tahun kot mummy guna. Mummy kan nak cari 1 produk yang boelh hilangkan bau kucing ni.. so mummy google2 la.. nampak la bbrapa produk. Bedasarkan pembacaan mummy di entry pecinta kucing lain..mostly share petua2 guna cuka..arang. Ermm..mummy dah guna method tu sehingga kini.. hanya membantu dlam 50% hehe.. kalau produk plak mostly produk ada enzym yg boleh leraikan bau2 dari kucing.. price dia mak aiiii mummy dah servay..mahal ooo..
Then x tersengaja...skrol2 kat fb..nampak la satu page ni asek naik ja kat timeline mummy.. balik2 page yg sama tengah promosi produk yg sama..so apa lagi mummy jenguk2la.. wahhh cara mreka promosi macam hebat sangat produk ni...hahaha
Produk yg mummy maksudkan ni adalah fur grow up poo pee spray!! Then mummy google2 cari review or testimoni cat lovers lain mengenai produk ni.. teryata xda pun review produk..yang ada cuma mereka yg menjual poo pee spray ni sahaja. Mummy mcm x berkenan ja..haha..macam tipu. Sampai la satu ketika mummy nak restock makanan kucing dekat my feveret petshop " DEWIPETSHOP ". Dia ada banyak cawangan... tapi mummy biasa pergi kata cawangan kajang bangi tu.. Best tau petshop ni..harga2 makanan n kelengkapan kucing semua murah n berpatutan. Ok sambung crita.. masa nak restock makanan meow mummy..mummy sesaja tengok kat bahagian yang ada produk2 lain penjagaan kucing ni... masa tu la mummy ternampak poo pee spray. Ada produk2 lain jugak mcm bust it. Dengan berat hati mummpy pilih dari fur grow up..hehe..sampai rumah terus buat eksperimen..waaahhhhhhhhh wangiii u...rumah mummy mcm spa..wangi..bau buah2han segar..hehe.. Disebakan so excited!! Satu rumah mummy sembur..haha.. dan apa yang paling menakjubkan keesokan harinya..rumah mummy boleh dikatakan. ZERO bau..x kirala apa jenis bau sekalipun..hahha...x rugi uollss.. mummy beli ni rm 25 jah utk 500 ml. Memang sangat berbaloi la...senyum sokmo 😘😘😍
Bagi para cat lovers korang wajib beli n cuba poo pee spray dari jenama furgrowup ni.. kih2 ni review ke apa???!! Panjang lebar..hahaha.. kat bawah mummy share pic poo pee spray and kelebihan dia...selamat mengepoopee ya cat lovers!!!!😍😍😍😍😘😘🐾🐈



KELEBIHAN POO PEE SPRAY (500ml):-
❤ SERAP bau HANCING di Tempat POO&PEE
❤ Boleh sembur di tilam,sofa,langsir,lantai..(spray je 1 rumah ala2 feberizz gitu..)
❤ Anti bakteria & Kuman
❤ Tiada ALCOHOL
❤ ADVANCE ODOUR Teknologi dari Jerman 🇩🇪
❤ Human grade (so klw terkena pd anda, anak2 atau kucing pn selamat..)
❤ Selamat utk seisi kediaman anda
❤ Bau blueberry segar yg confirm nyamann utk anda & haiwan peliharaan. 
CARA PENGGUNAAN
Spray jer kat pasir kucing, sofa, tilam, tempat yang dah di POO/PEE kan oleh kucing. Settle masalah, PASTI wangi rumah anda.

Saturday 10 January 2015

Tabung baik pulih surau keretapi Manek Urai Lama. Kelantan

ASSALAMMUA'LAIKUM.....




Manek Urai merupakan antara tempat yg teruk terjejas akibat banjir. Keadaan sekitar selepas banjir..seakan akan seperti dilanda tsunami..tsunami tenang..tetapi menghancurkan..Ramai pihak yg perihatin menghantar pelbagai bantuan..dr segi tenaga ..makanan...n kelengkapan yg lain. Hampir segalanya Musnah...termasuk tempat kediaman...ada rumah yg entah hanyut kemana....hanya tinggal tapak.. bersama2 lah kita memberi bantuan perlindungan kpd mereka.....sekurang2nya kita membantu mereka sebelum mereka membina n membaiki tempat kediaman asal mereka....sumbangan anda semua amatlah diperlukan... Hanya Allah swt yg membalas segala jasa baik kalian semua...

Musibah dan hikmah (kelantan banjir 2014) part 2


Assalammua'laikum w.b.t


Permulaan perjalanan kami


03/01/2015 permulaan perjalanan kami ke bumi kelantan. perjalanan kami..mama meow n 2 rakan iaitu basyirah n kak sabrah.. Allhamdulillah perjalanan n hari2 kami dipermudahkan Allah swt. Di dalam entry ini..saya ada menyatakan perasaan saya. saya memang x boleh melelapkan mata.Bermacam2 yg bermain di fikiran saya.


Destinasi kami ialah ke sungai Mengkuang Kuala Krai. Ke kampung halaman sahabat kami yg bernama Basyirah. Ini bukanlah kali yg pertama saya ke rumah n kampung halaman nya. Kebiasaannya saya kesana untuk jalan2 n  boleh dikatakan makan angin. Tapi kali ini saya kesana kerana ingin membantu mangsa2 banjir. Allhamdulliah lebih kurang 6 jam perjalanan kami sampai ke kampung halaman beliau. Sepanjang perjalanan masuk ke kampungnya..saya hanya beristighfar melihat kesan2 akibat banjir.





Gambar2 diatas adalah keadaan di manek urai. 2 foto diatas adalah sumber dr google. Mama meow sempat merakam situasi disana,,tp gambar2 tersebut didalam henfon sahabat saya.
setelah sampai di kpg sg Mengkuang.. kami terus ke kampung Manek Urai. KPG MANEK URAI terletak x jauh dr kpg sg mengkuang..perjalanan dlm masa 15 minit diambil utk kesana.
Setibanya di kpg Manek Urai..hati saya berasa sangat sebak.. keadaanya spt bukan di Malaysia..spt bukan dilanda banjir biasa...tapi seakan2 dilanda tsunami.. Allahuakbar...Allahuakbar.... Allah swt mengkehendakinya..berasa begitu kerdil disini...Mereka semua sangat tabah melalui musibah ini.
sepanjang perjalanan ke kapung manek urai....saya dapat melihat ramainya  hamba2 Allah swt yg perihatin memberi bantuan. Begitu ramai yang menghantar bantuan spt makanan dan pakaian. Tetapi apa yg menyedihkan kediaman mereka hampir musnah 99%. mereka hanya berlindung disebalik khemah n berbumbungkan canvas. kawasan persekitaran yg kotor..berdebu n sumber tenaga elektrik n air bersih juga terputus.


Foto di atas ialah foto semasa kami ke Kpg Manek Urai. terus terang saya katakan..saya x lah lasak orangya..saya takut duduk kat belakang hilux ni..saya risau saya akan jatuh. Tapi saya dah berjanji dgn diri..jangan sesekali merungut. Just hadapi dgn tenang. saya berpaut sekuatnya sbb takut jatuh... Allahuakbar...apa lah mama meow ni kan... selepas itu..kakak sahabat saya...bagitahu kat saya "da...x bestlah duduk ja..cer berdiri..." Gulp!!! dahla takut...suruh berdiri pulak.....tp sy just buat spt yg dia cakap...Alhamdulliah...sy berdiri...smbil berpaut di belakang hilux... Allahurabbi...permandangan jadi begitu jelas...sememangnya...spt dilanda tsunami....rumah..bumbung..meja...tangga...di atas pokok....bertapa dasyatnya air yg melimpah di kampung ini....semuaanya tenggelam...musnah sama sekali....

Pada keesokkan harinya..saya membantu dalam pengagihan makanan ke penduduk kampung. Semuanya kali pertama..saya x pernah buat kerja2 sebegini sebelum ini..tapi saya hanya mengikut rentak n arahan drpd family kawan.. serius saya sangat PENAT..tetapi kuatkan hati......jangan mengeluh!!! Alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar...n ALLAH swt..mempermudahkan segalanya...

Pada keesokkan harinya.. ( hari ketiga) saya follow keluarga kawan ke kawasan2 yg terjejas terok. Destinasi kami kali ni ialah ke Dabong. Perjalanan..mengambil masa lebih kurang 2 jam 1/2 ... Sebelum ke dabong kami singgah ke kampung kandek. menurut informasi yg diperoleh..kampung ini mempunya 75 buah rumah..tapi hanya 15 buah rumah termasuk masuk masjid yg terselamat...98% keseluruhan rosak sama sekali.


SUBHANNALLAH.....keindahan spjng perjalanan

seorang ibu yg sangat tabah dan KUAT

mereka juga mangsa2 banjir...tp tetap tersenyum n membantu yg lain

terharu dgn pakcik ni...dia terus menyarungkan tshirt yg diberi sambil TAKBIRR!!!

BARANG2 BANTUAN YG DIBAWA

KERJASAMA MAPIM

kerosakkan sepanjang perjalanan



rombongan KAMI

Last destination kami...ialah ke DABONG....





3 hari 2 malam saya disini.....x cukup rasanya berbakti....serius!!!!saya menyesal balik awal...hehe... selama sy disni...sy belajar banyak perkara...belajar menyesuaikan diri dlm apa jua keadaan... 3 hari berturut2 mandi di sungai...angkat air di sungai...n makan Maggie berkuahkan air mineral....(MAGGIE adalah antara makanan yg saya elakkan...hehe)




saya respect ngan adik cilik ni..baru berusia 9 tahun..tapi telatahnya...spt org yg dewasa..sangat ringan tulang membantu tanpa sekalipun mengeluh..


Firman Allah swt dalam Al-Quran :


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117



Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
An Nahl:40

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
Surah Yassin : 81-83

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Al An'aam:73

Ayat yang jelas dalam firman Allah SWT ini adalah sebagai peringatan kepada kita  agar jangan melakukan sebarangan, jangan meragui, bongkak dan tinggi hati, melakukan perkara kurafat kerana Dia boleh berkehendak apa sahaja, pada masaNya dan di mana saja. Maha suci Allah Berkuasa atas segalanya. 

Jangan runsing apabila dalam musibah. Jangan bongkak apabila dalam kejayaan. Dia yang merencanakan segala-galaNya. Yakinlah Allah SWT mendengar rintihan hati hambaNya. Perbetulkan nawaitu kita, berusaha, berdoa dan bertawakal. Amalan kita di dunia ini adalah untuk bekalan di hari akhirat. 




Musibah dan Hikmah disebaliknya.. (banjir kelantan 2014) part 1

assalammua'laikum w.b.t dunia blogger...


sudah lama rasanya saya tak menjengok blog ni. Mama meow masih baru di dunia blog ni. still xda follower..its ok..mama meow just nak share apa sahaja aktiviti2 mama meow dlm beberapa minggu ni.
Alhamdulillah..pelbagai perkara n aktiviti yg mama meow lakukan sejak 2 menjak ni. tapi sekarang rasanya mama meow nak share pengalaman yg mama meow yg pasti xkan lupakan..
Di pengakhiran 2014..negara kita ditimpa dgn pelbagai musibah..rasa sedih dan hibar menyelubungi diri..
24/12/2014 negeri2 di pantai timur dilanda banjir. Boleh dikatakan banjir ini adalah antara yg paling terburuk melanda di negara kita. Hari demi hari mama meow..pasti mengikuti perkembangan semasa yg berlaku disana. Setiap kali mendapat info keadaan disana..hati ini rasanya bagaikan dirobek2. berasa gusar..sptnya terdengar suara dihati... ya Allah...selamatkanlah mereka...tabahkanlah hati mereka...subhanallah....Allahuakbar.... pada masa iti tertanam teguh niat dihati nak kesana...sekurang2nya dpt membantu mereka...nak kesana..tp bagaimana???nak ikut siapa?? pada masa itu hanya mampu berdoa...supaya dapat kesana..untuk membantu. Tp sy still buntu bgaimana nak kesana..yg hanya mampu saya buat hanyalah..membantu utk mengumpul barang2 kelengkapan seperti makanan utuk dihantar kesana. Dalam hati mama meow pada masa itu, it's ok xdpt kesana, membantu dr jauh juga boleh. 
Mama meow, masih lagi mengharap nak kesana...Alhamdullilah...Allah swt memakbulkan permintaan mama meow...rasanya hati begitu gembira...bila dpt kesana. Alhamdullilah..terima kasih ya ALLAH......
Pada 03/01/2015 (sabtu) mama meow bertolak ke pantai timur (kelantan). Malam sebelum bertolak..mama meow langsung x dapat melelapkan mata.. sentiasa berfikir..mampukah mama meow membantu mereka.. kuatkah diri ini.. Allahurabbi..ini lah pengalaman pertama mama meow menyertai misi bantuan.. Selalunya kesana, serba serbi ada..tapi kali ini kesana didalam keadaan mereka menghadapi musibah n ujian drpd Allah swt. Mama meow hanya bertekad..x kira pun keadaannya..mama meow akan menghadapi n menyesuaikan diri tanpa keluhan. biarpun x selesa..wlpn rasanya seperti x biasa..wlpn rasa penatnya berganda..tapi jangan sesekali mengeluh...kita kesini untuk membantu..bukannya pergi untuk cuci mata atau melancong...pelbagai pengalaman yg mama meow alami..n mama meow akan menceritakan di next entry...

Tuesday 23 December 2014

Sambal lalapan....

assalammua'laikum...

kali ni nak share pasal sambal lalapan..Sambal lalapan ni salah satu dr feveret saya..buat sambal ni sebab teringat n rindu sangat ngan mak...(sob2.nasib anak perantauan). Buat pengetahuan semua lalapan ni sangat femes di Miri...tp di malaya ni...dia femes ngan ayam penyet..hehe..actually sambal dia sama ja ngan ayam penyet nya sambal...sedapnya lah sambal ni......masih terasa2 lagi kat tekak ni..hehe...meh2 nak tunjuk samabal lalapan versi mama meow ni..hehe.....

Nah.....ni dia rupa paras sambal lalapan versi saya..hehe....x warna merah sangat..

Bahan2nya:

5 biji cili padi* (lebihkan cili kalau nak pedas)
4 biji tomato*
3 biji bawang puteh*
1 biji bawang besar*
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa
belacan dalam 1cm (bakar sampai garing)
1 biji limau kasturi (ikut suka)

cara membuatnya:

1. goreng semua bahan yg bertanda * sehingga layu....
2. kisar or tumbuk bahan yang dah digoreng tadi..belacan jangan lupa....letak sekali..hehe..
3. tumis bahan dah dikisar..masukkan garam, gula..
4. last skali perah limau...yg ni ikut suka..nak letak ke tak.......n siap....ready utk dimakan....sedapnya makan ngan bendi...nyam2






Sunday 21 December 2014

happy bornday geng!!!

Asslammua'laikum.....




eh!!! apa kaitannya birthday dengan gambar diatas???pelik2 ja suhaidaeda ni..hehe. Sebelum saya bercerita panjang lebar mengenai tajuk entry kali ni...saya nak story pasal gambar diatas. Ermm...ni meow yg saya jumpa kat taman lake valley taman bandar tu hussein onn petang tadi..omey kan..macam saya..ecececey...puji sendiri.hahaha...(sy perhati ja gamba saya ni...kadang2..mcm abby abadi ja muka ku...hehehe...asyik berperasaan yg aneh2 ja kan suhaidaeda ni..hehe).sebenarnya saya masih teringat ja kat meow ni..ermm sangat sedih..baru sekejap ja bersama dia..tapi saya dah fall in love..meow..meow..meow...dia sangat suka kat saya tau. sepertinya meow ini dapat mengesan perasaan saya kat dia..meow...i miss u.huhu..entah kenapa..sy x berjaya nak delete aura negative dalam diri tadi..ermmmm..hopely sy ada jodoh dgn meow ni....saya nak ambik dia jadi anak ke 7 saya...uhuk..uhuk....(rasa bersalah dalam diri..cian dia)
ok lah...jommmmmm kita move on dgn tajuk entry kali.... happy bornday geng!!..


eh..lukisan sapa yg hodoh sangat ni..hahha.... actually ni doodle yg saya buat sendri guna microsoft office excel 2007 (1st time). Buat ni sempena bithday kawan baik saya....cik sunflower yg befdaynya pada 20/12..hehe...dlm pic ni ada kek...cik sunflower...n yg omey2 tu Feimao..grrrrr..hehehe..Bagi saya pic ni begitu cantik(hehe.puji sendri lagi..)naik juling mata membuatnya..haha..saya buat ni ikut hati n perasaan saya..apa yg saya rasa....ecececcey....macam artis gitu..


nahhh.....ini dia...cik sunflower...hehe... (excited tu dpt kek..hahahaha) kek yg saya buat ni x cantik langsung...ni buat last minit....susah nak buat kek ni....sebab anak2 saya kacau lah...makkk...makkk.nak kek...makkk...makkkk...(perasan jap ada anak..hehe) asalanya bunyi nya gini jer..meow...meow...meow...hahahah....anak kucing..hehehe...

Nah...ini dia keknya..... xcantik..tapi kannn rasanya...aumm..aum...sedap...(masuk bakul..golek2 sendiri la pulak..hahaha) serius...best...wlpn bakar...rasanya tetap moist...nanti entry setrusnya sy share resepinya k...

 


eh ni kami ber2...hehehe...tengok tu ada meow tu skali...wa~~~~kembali sedih..meronta2 hati ni...
erm....smoga meow baik2 aja...erm...ada masa nak lepak2 kat taman ni lagi.....best sesangat...recomended!!!!
banyak ikan yg gemok2....
datang tu bawalah roti ke.....makanan ikan ke..hehehe....jgn mai gitu ja..

tengok!!!!ikannya gemok kan???macam saya..hehe......dah panggil2 ikan ni....nak amik pic selfie mreka....tapi sombong lah pulak....hehehe
saya rasa bahagia lepak2 kat cney...best nya yg teramat....
tengiang2 kat tlinga...ooo..malaysia...oo malaysia...o malaysia harimau melaya..o..oo...o..hahaha.....(tiba2...frust ler tu...hehe)
k bye!!!! assalam..